Pie ayam
Sesekali kami akan masak pie ayam ni
Kalau bukan untuk makan sendiri, kami suka bawa sebagai buahtangan ke majlis jamuan
Senang dan mudah...tak payah nak potong-potong
Hidangkan jer terus sebiji camtu
Paling sedap kalau dihidangkan bersama sos lada hitam
Kalau malas nak buat sos lada hitam, makan dengan sos cili pun sedap
Kami suka makan camtu jer
Dah secukup rasa...tapi kena makan masa panaih-panaih
Cerita banyak pun tak guna....
Senang cerita....
Kami titipkan resepinya disini...
Boleh cuba kalau suka...
Makan waktu masih panaih-panaih
PIE AYAM MINI
Di olah: aniza little kitchen
Bahan A ( Untuk pastry)
250 gram tepung gandum
100 gram mentega
1/2 sudu teh garam
3 sudu besar air sejuk ( tambah kalau perlu)
Bahan B ( Untuk inti )
2 sudu besar mentega - untuk ditumis
1 biji bawang holland - dicincang
2 cawan isi ayam- hiris nipis
5 biji cendawan shiratake- hiris nipis
1 biji kentang - dipotong dadu dan direbus
1/2 batang karot - dipotong dadu dan direbus
1 sudu teh lada hitam - ditumbuk
1/2 sudu teh basil
1 sudu besar tepung gandum
1/4 cawan sudu besar susu cair
Perasa ayam - kalau suka
Garam secukup rasa
Bahan C
1 biji kuning telur
1 sudu teh susu cair
Campurkan mentega tepung dan garam hingga rata
Tambahkan air sejuk sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut
Balut dengan plastik dan simpan anggaran 30 minit didalam peti sejuk
Sementara itu siapkan intinya
Panaskan mentega dan masukkan bawang holland, kacau hingga layu
Masukkan ayam, cendawan, lada hitam dan basil, kacau hingga ayam agak kering airnya
Masukkan tepung gandum dan kacau rata
Tambahkan susu dan kacau dengan cepat supaya kuah tidak bergentel
Tambahkan kentang dan karot
Tambahkan garam secukup rasa dan biarkan kuah agak pekat
Tutup api dan sejukkan sebentar
Sediakan acuan mini untuk pie
Canaikan adunan pastry dengan melapikkan dengan lapisan plastik
Terap ikut saiz acuan, masukkan kedalam acuan dan cucukkan dasarnya sedikit dengan garpu
Masukkan inti dan tutup atasnya dengan sekeping lagi kulit pastry
Buatkan dua atau tiga lubang diatasnya dengan menggunakan hujung pisau
Sapukan kuning telur yang sudah dicampurkan susu diatas pastry tadi
Bakar pada suhu 180'C selama 15 hingga 20 minit
Sedia dihidangkan panas
Yang di ataih tu pie apple yang sangat sedap jugak
Tip kami:
Jangan terlalu menguli doh untuk mengelakkan doh mengecutkan semasa membakar
Boleh juga dijadikan sebiji pie yang besar
Lagi mudah kalau menggunakan pastry segera atau kulit pratha
No comments:
Post a Comment