Bubur kacang hijau
Kali ni kami nak bagi cara nak masak bubur kacang hijau yang sedap dan wangi
Kegemaran kami ni walaupun tak tahan berangin kalau makannya
Kami sangai sekejap kacang hijau yang telah dicuci bersih sampai keluar bau wanginya
Lepaih tu barulah direndam sekurang-kurangnya 4 jam hingga kacang agak kembang
Proses ni penting untuk mendapatkan bubur kacang yang harum dan wangi dan mempercepatkan proses merebus kacang
Apapun kami titipkan resepinya disini...
Boleh cuba kalau suka....
Secukup rasa...tambah sedikit durian untuk rasa yang lagi ummph
BUBUR KACANG HIJAU BERDURIAN
Resepi : Aniza Saidin (Aniza Little Kitchen )
BAHAN
250 gram kacang hijau
2 cawan santan pekat
2 cawan air
5 ulas durian - boleh tambah kalau suka
3 sudu besar sagu biji - rendam 5 minit dan toskan
1/2 cawan gula pasir - boleh tambah kalau perlu
Gula merah atau gula kabung - dimasak dan ditapis
2 helai daun pandan
Secubit garam
Basuh kacang hijau hingga bersih dan sangai hingga berbau harum dan wangi
Rendam kacang semalamam atau sekurang-kurangnya 4 jam
Rebus kacang yang direndam tadi dengan sedikit air hingga kembang dan empuk
Masukkan daun pandan dan tambahkan 2 cawan air kalau perlu
Masukkan gula pasir dan gula merah , masak hingga mendidih
Masukkan isi durian dan biji sagu , masak hingga sagu menjadi jernih
Tambahkan santan dan secubit garam
Rasakan manisnya, tambahkan gula kalau perlu
Kacau selalu dan masak hingga mendidih
Sedia dihidangkan
sedapnya.terima kasih atas resepi ni.nk cubalah..heheh..silalah singgah blog saya : http://dirawanhartawan.blogspot.my
ReplyDeleteTrima kasih utk resipi ni, sy mtk halal ye resipi ni hrap mnjadi lah sy buat hehe
ReplyDelete