Thursday, 26 May 2016

STUFFED POTATO ( KENTANG SUMBAT )









   Stuffed potato




Selalunya kami sediakan menu ni kalau buat ayam panggang atau steak
Sebagai menu tambahan untuk makanan utama 
Kalau ada anak solehah kat rumah barulah rajin sikit nak mengerjakan kentang tu
Masa mengeluarkan isinya memang kena hati-hati betul
Kalau tak kulitnya akan terkoyak 
Sama juga masa nak masukkan intinya
Tapi sebab anak-anak suka
Kami merajinkan diri juga untuk menyediakan Stuffed potato ni
Apapun kami titipkan resepinya disini...
Boleh cuba kalau suka...






Kebetulan ada cheddar dan Parmesan cheese je masa ni...



KENTANG SUMBAT ( STUFFED BAKED POTATO )
Resepi : Aniza Saidin ( Aniza little kitchen )

Bahan A
4 biji Kentang russet besar - diberus kulitnya
1/2 cawan air

Bahan B
2 sudu besar minyak zaitun
1/4 cawan daging kisar
1 sudu besar tepung jagung atau gandum
1 biji besar bawang holland - dicincan
2 ulas bawang putih - dicincang
5 biji cendawan shiratake - dihiris nipis
1 sudu teh serbuk lada hitam kasar
1/2 sudu teh oregano 
1/2 sudu teh basil - kalau suka
Garam secukup rasa

Bahan C
1/4 cawan susu cair
2 sudu besar mentega
2 sudu besar English parsley - dicincang
Sedikit garam - kalau perlu

Bahan D
Keju mozzarella, Parmesan dan cheddar

Susunkan kentang didalam pemanggang ajaib dan tambahkan air
Masak hingga kentang empuk
Kalau tiada pemanggang ajaib bolehlah dibakar menggunakan oven, tak perlu letak air

Sementara itu sediakan bahan intinya
Panaskan minyak dan tumiskan bawang holland serta bawang putih
Masukkan daging kisar dan cendawan, tambahkan semua rempah ratus 
Masak hingga daging agak kering dan ketepikan sebentar

Apabila kentang sudah empuk, potong sedikit bahagian atasnya
Dengan perlahan-lahan dan berhenti-hati keluarkan isi kentang dengan menggunakan sudu
Jangan sampai kulitnya teriyaki, kita akan gunakan semula kulit kentang untuk mengisi inti nanti
Lenyekkan kentang dengan mencampurkan Bahan C, campurkan juga Bahan B yang sudah siap dimasak tadi, kacau sebati
Masukkan inti kedalam kulit kentang tadi dan taburkan dengan cheese kesukaan 
Bakar didalam oven dengan menggunakan api atas sahaja pada suhu 180'C selama 15 minit ataupun hingga cheese mencair
Sedia dihidangkan panas





   Step by step 










No comments:

Post a Comment