Daging pekasam
Semalam kami ke pasaraya menambahkan stok barang dapur
Ternampak daging sejuk beku yang agak cantik
Kami beli anggaran 2 kilo sebab harganya pun ok
Lagipun macam- macam menu yang terlintas dalam kepala kami ni...
Awal pagi tadi kami keluarkan daging dari petiais sebab tak sempat nak proses
Banyak ikan dan ayam yang perlu diberi perhatian semalam
Kami biarkan daging mencair anggaran satu jam
Lepas tu kami potong- potong ikut keperluan dan menu masakan
Penting untuk memotong daging semasa separa beku untuk mendapatkan bentuk dan ukuran yang diinginkan dan memudahkan proses memotong
Untuk daging salai kami hiriskan lebar dengan ketebalan 1/2 inci
Untuk menyediakan daging pekasam pulak
Kami hiriskan nipis daging selebar 2 inci
Untuk daging yang hendak dibuat rencah, kami cuma hiris nipis daging tu
Selepas tu kami jerangkan air hingga mendidih dan celurkan daging sebentar
Kami celur daging secara berasingan yer
Kata orang proses mengcelur ini perlu untuk menghilangkan bau daging dan bahan pengawet pada daging sejuk beku
Proses ni memang orang kampung kami buat kalau masak daging sejuk beku pada masa majlis kenduri
Toskan daging hingga agak kering airnya
Daging salai
DAGING SALAI
Untuk menyediakan daging salai
Kami lumurkan dengan garam yang ditumbuk halus bersama kunyit hidup
Kami panaskan pemanggang ajaib dengan api yang kuat
Letakkan sedikit minyak dan masukkan daging
Bila bahagian daging agak kering terbalikkan
Biarkan kedua-dua bahagian daging garing baru perlahankan api dan panggang hingga daging masak dan kering
Sedia dimasak atau disimpan bila diperlukan
Daging pekasam
Untuk menyediakan daging pekasam pulak
Selepas dibasuh, dihiris nipis dan ditoskan hingga kering
Kami susunkan daging didalam bekas dan taburkan garam dan renjiskan jus limau kasturi diatasnya
Lakukan proses yang sama hingga daging habis semuanya
Simpan di bahagian bawah peti ais semalamam
Sedia dimasak mengikut menu kegemaran masing-masing
Daging pekasam sedap digoreng bersama bawang dan cili hijau
Sedap juga dimasak lemak cilipadi
Stok daging salai, daging pekasam dan daging rencah
Ada lagi lebihan daging kami hiris nipis untuk stok sebagai rencah semasa memasak mee atau meehoon ataupun nasi goreng, masukkan dalam tuppaware kecik-kecik untuk sekali masak
Memudahkan proses untuk mennyah beku nanti
Daging pekasam yang siap digoreng bersama bawang dan cili...kemainlah sedapnya
Alhamdulillah dah selesai kerja kami hari ni
Dah siap stok daging salai, daging pekasam dan daging untuk rencah
Lepas ni mudah la sikit tugas memasak kami
Kita kena jadi surirumah yang bijak merancang barulah semua kerja memasak didapur menjadi mudah dan cepat.
DAGING PEKASAM
Resepi : Aniza Saidin (Aniza little kitchen)
Bahan-Bahan
1 kilo daging
15 biji limau kasturi ( boleh gantikan dengan limau nipis atau lemon)
2 sudu besar garam kasar
Bersihkan daging dalam ketulan besar dan hiris nipis
Labih mudah daging dipotong semasa masih separa beku kalau menggunakan daging sejuk beku. Toskan sekejap
Susunkan daging didalam bekas yang sesuai taburkan garam dan jus limau
Pastikan biji limau tak termasuk kedalam bekas daging kerana ia akan menyebabkan rasa pahit pada daging
Ulangi proses yang sama hingga habis kesemua daging
Tutup bekas kemas-kemas dan perapkan semalamam
Boleh digoreng garing dan diletakkan bawang dan cili
Simpan didalam peti sejuk selepas 5 hari di jerukkan
No comments:
Post a Comment