Tuesday, 16 August 2016

POPIAH BASAH








Sah

   Popiah basah kegemaran semua




Menu wajib dikala Ramadhan menjelang
Buat taip- tiap hari pun tak pa
Sebab memang ada peminatnya kat rumah ni..
Dulu masa belum pandai buat sendiri
En.Suami selalu beli popiah basah SM Ali
Yang sangat terkenal tu...
Anak-anak lebih mengemari popiah basah dari yang digoreng
Makan berulang-ulang tanpa jemu
Kali ni kami titipkan resepinya disini...
Boleh cuba kalau suka







   Sos yang sangat sedap ditambah dengan kerangupan bawang goreng, bijan dan udang kering




POPIAH BASAH
Resepi : Aniza Saidin (Aniza little kitchen)

Bahan-bahan ( 12 keping )
Bahan untuk kulit
2 cawan tepung gandum 
1 biji putih telor 
3/4 cawan air 
2 sudu makan cuka 
secubit garam 

Bancuh semua bahan hingga sebati dan perapkan anggaran 4 jam atau lebih
Panaskan kuali leper yang warna hitam
Sapukan sedikit minyak pada kuali
Ambil sedikit tepung , gunakan hujung jari lengserkan diatas kuali dimulai pada bahagian luar dan dibawa kedalam
Tunggu hingga masak dan diangkat

Bahan untuk inti 
1/2 biji sengkuang sederhana besar -di racik halus
1/2 biji kobis - diracik halus 
1 biji sederhana besar carrot - diracik halus 
1 tangkai daun bawang dihiris halus
1  sudu besar sos tiram 
1 sudu makan udang kering 
Garam secukup rasa
Bahan untuk menumis
1 biji  bawang besar - dicincang
3 ulas 


Popiah Basah Nyonya Style 

Bahan untuk inti
1 sudu minyak masak
5 ulas bawang putih dicincang halus 

1 biji sengkuang   
- dihiris halus
150 g udang hidup dicincang halus 
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh kicap cair
1/2 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh gula
1 cawan air
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik baunya. 
Masukkan sengkuang dan semua sos perasa dan kacau selama 5 minit. 
Masukkan udang dan masak sehingga masak lebih kurang 30 sehingga betul-betul lembut. 
Angkat dan toskan airnya. Simpan air sengkuang untuk membuat sos pedas nanti. 
Letak sebelah dan sejukkan 

Bahan tambahan
Bawang goreng
Daun salad segar 
1/2 cawan udang kering goreng dan tumuk 
1/2 cawan daun bawang dicincang halus 
1/2 cawan kacang tumbuk 
1/2 cawan bijan panggang 
3 biji telur dibuat telur dadar dan dihiris halus 
2 keping tofu - didadu kecil dan digoreng

Masukkan air sengkuang tadi untuk menambahkan kemanisan pada sos atau jika sos terlalu kering Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik baunya. 
Masukkan sengkuang dan sauce seasoning dan kacau selama 5 minit. 
Masukkan udang dan masak sehingga masak lebih kurang 30 minit sehingga betul-betul lembut. 
Angkat dan toskan airnya. Simpan air sengkuang untuk membuat sos pedas nanti. 
Letak sebelah dan sejukkan 
Letakan kulit popiah dan sapukan sos ditengah-tengah 
Sendukkan inti sengkuang keatas kulit popiah
Taburkan tofu goreng, udang kering goreng, bawang goreng daun bawang dan telur dadar 
Gulung dengan kemas
Boleh dihidangkan dengan menyapukan sedikit sos diatas popiah
Taburkan sedikit udang kering, kacang tanah dan bijan
Sesuai dimakan segera untuk rasa yang hebat

Bahan untuk sos
1/2 cawan sos hoisin 
30 tangkai cili kering direndam 
15 biji buah kurma rendam dengan 1/2 cawan air panas  
1/2 cawan gula perang- boleh ditambah atau dikurangkan
Garam secukup rasa
Blend cili kering dan buah kurma sehingga halus dan menjadi pes basah.  
Dalam periuk masak cili dan kurma selama 10-15 minit. 
Masukkan sos Hoisin dan gula perang dan garam.
Masukkan air sengkuang tadi untuk menambahkan kemanisan pada sos atau jika sos terlalu kering 
Masak sehingga sos pekat.  






KEK PISANG LEMBAB





   Banana cupcakes




Semalam kami pulang kedaerah yang di rindui 
Dalam perjalanan kami nampak ada orang jual durian di tepi jalan
Teringinlah pulak tapi nak berhenti dah terlajak jauh
Cakap kat En.Suami jom kita ronda-ronda kat broga
Kut-kut la jumpa orang juai durian
Tapi hampa...satu kedai pun tak dak juai durian
Pastu nampak ada orang bukak meja depan rumah
Nampak macam ada pisang
Kami beli dua sikat pisang berangan kampung
Hajat hati nak buat cokodok untuk menu minum petang nanti
Petang tu tanyalah dengan En. Suami nak makan cokodok pisang tak
Katanya buatlah kek , kalau buat cokodok tak habis jadi keras
Kalau kek boleh simpan sehari dua
Disebabkan rumah kesuma kekurangan bahan dan peralatan
Kami memilih untuk membuat kek yang paling simple ni
Tak perlu guna mixer
Tak perlu ada butter
Alhamdulillah sedap sangat hasilnya
Lembut dan lembap
Selepas sehari lagilah sedap rasanya
Kami buat versi cupcakes sebab nak cepat masak
Dan senang nak hulurkan sepiring pada jiran
Tak payah tunggu sejuk nak potong
Kami tambahkan juga chocolate rice dan chocolate chip
Bertambahlah enaknya kek pisang kami tu
Bagi yang nak mencuba
Kami titipkan resepinya disini...
Boleh cuba kalau suka...







   Sangat lembut dan sedap





BANANA CUP CAKES
Di olah : Aniza Saidin

Bahan A
2 biji telur gred A
1 cawan gula perang atau gula pasir
1 cawan butter dicairkan atau minyak jagung
1 sudu teh esen pisang 
1/4 sudu teh garam

Bahan B
10 biji pisang emas atau lemak manis
Dilecek halus
1/2 cawan susu segar

Bahan C
Diayak bersama 2 kali
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan D - kalau suka
2 biji pisang-dihiris nipis
1/2 cawan chocolate chip

Mula-mula kita kena panaskan oven dahulu pada suhu 170C 
Oven hendaklah di panaskan 15 minit sebelum memasukkan kek 
Didalam pengisar masukkan bahan A dan putar anggaran 3 hingga 5 minit hingga adunan pekat
Masukkan adunan tadi kedalam pisang yang sudah dilecek dan
Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar dan gaul sebati
Sediakan anggaran  30 biji cawan kertas dan tuangkan adunan ke dalamnya anggaran 3/4 suku penuh. 
Boleh hiaskan  atas adunan dengan kepingan pisang yang di hiris dan chocolate chip kalau suka.
Bakar dengan suhu 200C anggaran 20 minit
Cucuk tengah kek dengan lidi untuk pastikan kek telah masak. Jika lidi keluar kering maknanya  kek telah cukup masak, jika sebaliknya tambahkan lagi masa membakar.







   Letak chocolate chip lagi umphh rasanya....




KEK PISANG LEMBAB 
Diolah : Aniza Saidin

Bahan A
4 biji telur gred A
1 cawan gula perang
3/4 cawan butter dicairkan atau minyak jagung
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh esen pisang atau esen vanilla
sedikit garam

Bahan B
8 biji pisang berangan sederhana besar atau apa jenis pisang 
Dilecek halus
1 sudu besar air limau nipis-optional

Bahan C
Diayak bersama 2 kali
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan D - kalau suka
2 biji pisang-dihiris nipis
1/2 cawan chocolate chip

Mula-mula kita kena panaskan oven dahulu pada suhu 170C 
Oven hendaklah di panaskan 15 minit sebelum memasukkan kek 
Didalam pengisar masukkan bahan A dan putar anggaran 3 hingga 5 minit hingga adunan pekat
Masukkan aduanan tadi kedalam pisang yang sudah dilecek
Masukkan tepung dan gaul sebati
Sediakan loyang ukuran 9 inci yang dialas  dengan kertas pembakar dan sapukan loyang dengan sedikit butter
Tuangkan adunan ke dalam loyang
Hiaskan atas adunan dengan kepingan pisang yang di hiris dan chocolate chip
Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 45 minit atau sehingga kek telah masak dengan sempurna.
Cucuk tengah kek dengan lidi untuk pastikan kek telah masak. Jika lidi keluar kering maknanya kek telah cukup masak, jika sebaliknya tambahkan lagi masa membakar.
Kalau ingin membuat cupcakes sediakan 30 biji cawan kertas
Bakar dengan suhu 170C anggaran 15 minit







   Ada chocolate rice dan hirisan pisang...









WANTAN GORENG








    Wantan goreng



Kami titipkan resepinya disini...
Boleh cuba kalau suka...




RESEPI  WANTAN/SIEW MEI/DUMPLING
Resepi : Aniza Saidin (Aniza little kitchen)

Bahan untuk kulit
Bahan A
250gm tepung gandum
80 gram tepung ubi ataupun tepung jagung
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu besar minyak masak

Bahan B
200-220ml air panas mendidih

Dalam bekas satukan semua Bahan A dan curahkan Bahan B
Uli hingga sebati seperti kulit karipap  
Perapkan  sebentar anggaran 20 minit dlm bekas tertutup supaya doh tak keras

# untuk resepi ni, kami guna kulit yang readymade jee...boleh beli dipasaraya 







   Versi punjut-punjut





Bahan untuk Inti
Bahan A
2 keping dada ayam tanpa tulang
12 ekor udang dibuang kulit

Bahan B
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil kicap cair
2 sudu kecil minyak bijan - kalau suka
1/2 sudu teh lada sulah 
1 biji telur ayam - dipukul sedikit

Bahan C
1 biji karot - dipotong dadu kecil
2 tangkai daun bawang - dihiris halus
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1/4 biji bawang holland - dipotong dadu
2 sudu besar tepung jagung


Kisar Bahan A hingga hancur dan lembut
Masukkan Bahan B dan gaul rata, masukkan pula Bahan C
Perapkan anggaran 30 minit didalam petisejuk
Uli doh yang telah diperapkan tadi memanjang dan potong sama besar
Taburkan sedikit tepung jagung dan gelekkan hingga leper seperti kulit karipap
Letakkan inti ditengah dan lipat kemas mengikut kesukaan
Susunkan didalam bekas yang tahan panas dan kukus siew mei anggaran 5 hingga 10 minit
Boleh juga digoreng dan sesuai juga dibuat sup


# Kalau guna kulit yang ready made, cuma perlu letak sedikit air pada kulit dan bentukkan mengikut kesukaan
Goreng dengan minyak yang banyak macam goreng karipap







MINI APPLE PIE









   Mini Apple Pie




Kami mula belajaq buat Apple pie lama dulu
Masa baru - baru kahwin lagi
Masa tu manalah ada blog bagai
Nak cari resepi
Sumber kami
Majalah Wanita, Keluarga dan Nona
Pastu ada pulak majalah Saji dan Rasa
Taip-tiap bulan kami beli
Penuh almari dengan majalah
Kekadang resepi menjadi 
Selalunya memang tak menjadilah...
Salah resepi atau masa ditaip...






   Senang nak makan kecik-kecik camni




Anak-anak semua suka Apple pie
Dari diaorang masih kecik
Memang tak menolak kalau kami buat Apple pie
Tak kisahlah versi mini atau yang besar tu
Semua diaorang suka...
Tambahan lagi kalau dimakan waktu panas-panas







   Rangup dan harum semerbak




Bagi yang teringin nak merasa
Kami titipkan resepi disini...
Boleh cuba kalau suka



MINI APPLE PIE
Resepi :Laura in the kitchen
Di olah : Aniza Little Kitchen

Untuk kulit
Bahan A
3 cawan tepung gandum
¼ cawan gula castor
1 ½ sudu teh kulit Oren di parut
¼ sudu teh garam
1 sudu teh vanila essen atau ekstrak
1 ½ sudu teh Baking Powder

Bahan B
¾ cawan mentega sejuk tanpa garam dipotong kecil
¼ cawan shortening sejuk dipotong kecil

Bahan C
2 biji kuning telur
Beberapa sudu besar air sejuk

Masukkan semua bahan A dalam mangkuk dan adun hingga menjadi seperti serbuk roti
Campurkan bahan B hingga sebati dan biarkan ada sedikit- sedikit ketulan didalamnya
Tambahkan bahan C dengan mencampurkan telur terlebih dahulu
Tambahkan air sejuk sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut
Balutkan doh dengan plastik pembalut dan simpan dalam peti sejuk selama satu jam

Untuk Inti:

Campurkan semua bahan hingga sebati
3 biji epal hijau dikupas dan dihiris nipis
¼ cawan gula perang
2 1/2 sudu besar tepung gandum
Kulit lemon yang di parut dari sebiji buah lemon
2 sudu teh jus lemon
1 sudu teh serbuk kayu manis
1/8 sudu teh garam

Keluarkan adunan kulit dari peti sejuk dan uli sebentar untuk melembutkannya
Canaikan diatas papan pencanai yang di taburkan sedikit tepung
Canai anggaran 1/8 inci tebalnya
Letakkan didalam acuan tart yang sudah digris
Cucukkan dasar tart dengan menggunakan garpu di beberapa tempat
Susunkan buah epal mengikut kreativiti
Curahkan cecair yang berlebihan kedalam
Bakar dalam oven yang dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit
Biarkan sedikit sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan












Tip Ibu :
Resepi yang sama boleh digunakan untuk membuat apple pie
Boleh letakkan sedikit mentega sejuk diatas inti sebelum dibakar
Boleh juga di tambahkan adunan kulit pie dan digunakan untuk dijadikan penutup untuk pie ini
Boleh di tambahkan kismis didalam inti

Cadangan hidangan:
Hidangkan bersama aiskrim vanila
Boleh juga dihidangkan bersama sos caramel
Enak juga di sajikan bersama sos coklat










Thursday, 11 August 2016

OATMEAL COOKIES







 
   Oatmeal cookies yang sangat rangup dan enak


Kami titipkan resepinya disini...
Boleh cuba kalau suka...


OATMEAL COOKIES
Sumber : Khadijah Bakhir
Resepi : Aniza Little Kitchen

Bahan A
250gm butter ANCHOR
120gm gula castor
250gm brown sugar

Bahan B
2 biji telur size B
1 tsp vanilla
 
Bahan C
4 sudu besar madu atau maple syrup 

Bahan D
250gm tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
Diayak bersama

Bahan E
300gm choc chips
300gm quick oat
200gm almond cincang

Pukul Bahan  A hingga kembang
Masukkan bahan B dan C, pukul lagi
Masukkan bahan D dan E, kacau sebati
Simpan adunan didalam peti sejuk selama 30 minit
Bulatkan dan bakar pada suhu 170 C selama. 20 minit, mengikut oven masing2







    Buat lebih untuk bekal anak-anak bawa balik hostel






Monday, 8 August 2016

SOTO JOHOR







 
    Soto Johor



SOTO JOHOR
Resepi : Aniza Saidin ( Aniza little kitchen )
 
Bahan A
1 ekor ayam dipotong 4

Bahan B
Dikisar bersama
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
I inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
2 biji buah keras
3 sudu minyak untuk menumis

Bahan C
Disangai dan dikisar halus
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh lada hitam
Ataupun gunakan 1/2 sudu teh serbuk semua bahan diatas

Bahan D
3 sudu besar serbuk rempah sup Adabi-dibancuh dengan sedikit air
1 kiub pati ayam
2 batang serai di titik
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan E
Nasi impit atau meehoon atau mee
Sohoon goreng
Begedil
Taugeh
Bawang goreng
Daun sup dan daun bawang
Sambal kicap

Tumiskan bahan B hingga garing dan wangi
Masukkan bahan C, kalau perlu masukkan sedikit air
Masukkan bahan D, biarkan hingga mendidih
Masukkan bahan A. Rebus hingga ayam empuk
Keluarkan ayam dan sejukkan
Carik-carikkan isi ayam dengan menggunakan garpu
Hidangkan panas bersama bahan E






    Set hidangan yang lengkap



Sambal kicap

21 biji cilipadi
2 ulas bawang putih
1/4 cawan kicap manis
1/4 cawan gula perang atau gula putih
1 sudu besar bawang goreng
2 biji limau kasturi
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu teh belacan kalau suka

Goreng cilipadi dan bawang putih dengan sedikit minyak 
Kisarkan semua bahan hingga halus
Tambahkan apa- apa yang perlu ikut citarasa masing- masing






    Set sampingan yang mesti ada kalau makan soto






    Begedil Ayam




Begedil Ayam

Bahan A

5 biji ubi kentang (direbus dan dihancurkan)

2 keping dada ayam - dicincang halus
½ cawan bawang goreng
2 tangkai daun sup - dimayang halus
2 tangkai daun bawang - dimayang halus
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar tepung jagung
Garam secukup rasa

Bahan B

2 biji telur - dipukul sedikit

Minyak secukupnya untuk menggoreng

Gaulkan semua Bahan A hingga sebati d

Bentukkan adunan supaya menjadi bulat dan leper.

Celupkan adunan ke dalam telur yang telah dipukul.

Gorengkan adunan bergedel yang telah dicelup dengan telur ke dalam minyak.

Goreng sehingga garing kekuningan dan angkat serta toskan minyak.





   Kami suka kuah soto yang tak terlalu berempah 







   Sohoon goreng tu yang paling kami suka sekali....







KUAH KACANG YANG KAMI SUKA





    Kuah kacang




Hari raya di zaman kecil kami tak ada  menu kuah kacang
Kami cuma makan ketupat palas dengan kari pekat berkerisik daging atau ayam kampung
Bila kami pindah ke pahang
Kami jumpa macam-macam menu raya
Hampir semua menu dari negeri -negeri dimalaysia 
Dari pelbagai kaum dan etnik
Sebab jiran kami dari pelbagai negeri dan keturunan
Kami belajar buat Nasi Impit dan kuah kacang dari jiran kami orang perak
Belajar buat ketupat daun kelapa dari jiran kami orang melaka
Belajar makan Nasi dagang dan gulai ikan aye dari ibu angkat orang kelantan
Sampai la...Kakak kami kahwin dengan orang Selangor dan kami pun sama jodoh dengan orang Selangor, abang sulung pun sama jodohnya orang jawa Selangor...
Jadi menu raya kami pun bertambah
Ada Nasi impit, ada ketupat daun kelapa dan lontong jugak
Ada rendang ayam, kuah lodeh, sambal kelapa dan kuah kacang
Tapi menu yang wajib ada semestinya ketupat daun palas dan kari daging
Ini menu kegemaran kesemua keluarga kami
Macam - macam resepi kuah kacang yang kami cuba...
Ada yang letak udang kering
Ada yang letak Isi ayam atau daging
Ada juga yang kosong jer...
Ada yang kata tak payah letak halia
Ada yang titik aje serainya 
Ada yang tak letak bawang putih langsung
Resepi yang satu ni kami agak gemar
Wangi je bau kuah kacangnya 
Masa tumis letak bunga lawang dan kulit kayu manis
Tapi lepaih masak kena keluarkan...
Kalau tak bau kuah kacang jadi tak best...
Letak juga sikit jintan manis
Anak dara kami suka kuah kacang yang ada daging yang diracik halus 
Bersama ini kami titipkan resepinya...
Boleh cuba kalau suka...








   Enak disajikan bersama Nasi Impit atau lontong





KUAH KACANG
Resepi : Aniza Saidin ( Aniza little kitchen)

Bahan A
I kilo kacang tanah 
Disangai separuh dibuang kulit dan dikisar kasar

Bahan B
Untuk tumisan
2 inci kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
Minyak untuk menumis

Bahan C
Digoreng dan dikisar bersama
15 biji cili kering direbus hingga lembut
2 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
1 sudu teh jintan manis
sebesar ibu jari halia
3 batang serai

Bahai D
1 inci lengkuas diketuk
1 sudu besar udang kering - ditumbuk

Bahan E
Isi ayam atau daging yang dihiris halus
Air tambahan

Bahan F
Asam jawa diperah airnya
Gula kabung dan garam secukup rasa

Tumiskan bahan B, masukkan bahan C dan bahan D
Masak hingga pecah minyak dan agak garing
Masukkan bahan E, kacau hingga kecut airnya
Masukkan bahan F, kacau hingga sebati
Tambah sedikit air, masukkan bahan A
Masak dengan api perlahan hingga kuah pekat
Keluarkan bunga lawang dan kulit kayu manis untuk megelakkan bau yang berlebihan
Sedia dihidangkan bersama nasi  impit atau lontong






   Sedapnya dijadikan cicahan untuk cucur udang....