Thursday, 3 November 2016

PISANG GORENG RANGUP









   Pisang goreng rangup




Menu kegemaran rakyat Malaysia ni
Kegemaran keluarga kami jugak
Kalau beli selalu tak puashati
Salutannya tak berapa ranguplah 
Ataupun pisangnya terlampau lembik sampai serap minyak sangat 
Lagipun risau menengok minyak gorengan yang dah hitam legam 
Lebih baik goreng sendirikan 
Bukannya susah sangat pun
Boleh makan banyak
Dan puashati , rasanya ikut yang kita suka 







   Sangat rangup krup krap krup krap




Ada banyak resepi pisang goreng yang rangup
Macam mak kami dulu-dulu cuma letak tepung beras dan air kapur
Pun dah cukup rangup
Tapi kami suka campur macam-macam
Kebetulan kat rumah ada banyak jenis tepung
Dok cubalah buh tepung ni sikit, tepung ni sikit
Tapi kami sukalah dengan rasanya dan warnanya
Keemasan gitu
Lagi satu kami suka makan goreng pisang dengan kuah kicap
Kawan kami orang Johor yang ajaq makan camni
Lepaih tu kami dah jatuh cinta pulak
Tak boleh makan pisang goreng tanpa kuah kicap ni
Macam tak kick pulak
Apapun kami titipkan resepinya disini...
Boleh cuba kalau suka...






   Pisang goreng dan kuah kicap pedas berapi





GORENG PISANG RANGUP
Resepi : Aniza Saidin (Aniza little kitchen)

Bahan A
1 sisir pisang ikut kesukaan

Bahan B
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/4 cawan tepung custard
4 sudu besar kelapa kering atau kelapa parut atau 5 sudu besar santan pekat
1/2 sudu teh baking powder
1 biji telur
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
2 sudu besar butter dicairkan 
1 1/2 cawan air ikut kepekatan
Boleh ditambah 2 sudu besar bijan

Bahan C
Minyak untuk menggoreng

Bancuhkan dan perapkan aggaran 15 minit
Kopek kulit pisang dan belah tiga
Celupkan kedalam adunan tepung dan goreng dengan api yang sederhana
Balikkkan sekali sekali hingga warna keperangan
Angkat dan toskan
Hidangkan bersama sambal kicap


Sambal kicap
12 bji lada api
I sudu besar bawang goreng
1 ulas bawang putih dihiris dan digoreng
3 sudu besar kicap manis 
2 sudu teh gula
2 bji limau kasturi 
Garam secukup rasa
Kisarkan semuanya









Monday, 31 October 2016

LONTONG DAN TEMAN-TEMANNYA










   Lontong dan teman-temannya 




Pulang keruangan yang dirindui 
Rumah kesuma yang lama ditinggalkan 
Kami cuma pulang bertiga
Bersama anak solehah Sara Hanum
Rindunya nak berlama - lama disini
Menyedut udara yang nyaman
Nak menikmati sarapan sambil ditemani kicauan burung







   Ruangan yang dirindui 







  Lontong origional yang sedap dan lembut





Paginya hari sebelum bertolak pulang
En.Suami belikan lontong ni
Kegemarannya ni
Lontong yang sangat lembut dan wangi
Katanya dibuat oleh orang Indonesia 
Kami rasanya tentu dari daerah Jawa
Kalau hari raya kami selalunya akan buat sendiri lontong ni
Kat kampung ada daun pisang awak yang sesuai untuk dijadikan keronsong 
Kami suka bau daun pisang yang melekat pada lontong
Unik dan tersendiri 







   Set hidangan kuning kegemaran kami...kami beli asing- asing tapi cantik pulak bila digandingkan                             bersama







   Kuah lontong Semarang kegemaran semua isi rumah





LONTONG SEMARANG
Resepi asal : Kak Gee
Di olah : Aniza little kitchen ( Aniza Saidin)

Bahan A
Dikisar bersama
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci belacan
4 biji buah keras
2 inci kunyit hidup 
10 biji cilipadi
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan B
2 biji cili merah -dihiris halus
2 batang serai- diketuk
1/2 biji terung- dipotong nipis
1/2 biji petola- dipotong nipis
1 potong nangka muda- direbus
Segengam daun belinjau
5 helai kobis
Sekeping tempe 
Sekeping tauhu

Bahan C
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair- boleh tambah kalau terlalu pekat
Daging  atau tulang ayam atau udang
Garam secukup rasa

Panaskan periuk dan tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan daging atau ayam dan kacau seketika atau hingga dagingnya kecut. Masukkan serai yang telah diketuk. Kemudian masukkan sedikit air dan biarlah daging empuk atau ayam cukup masak. 
Masukkan sayur bermula dengan yang keras iaitu terung , nangka dan petola. Masukkan semua sayur lain setelah terung empuk.
Kemudian masukkan pula 2 cawan santan, kacau hingga rata dan biarkan mendidih. Bila sudah mendidih, pelahankan api dan reneh seketika. Bubuhlah garam dan sedikit serbuk perasa kalau suka. Kalau tidak bubuhlah sedikit gula.Kemudian taburkan cili merah yang telah dihiris halus, kacau dan angkat. Sedia untuk dihidangkan 







  Sambal sotong kembang memang ngam dengan kuah lontong





SAMBAL TUMIS SOTONG KEMBANG
Resepi : Aniza Saidin ( Aniza little kitchen)

Bahan A
2 ekor sotong kembang sederhana besar
2 sudu besar tepung gandum

Bahan B
Dikisar bersama
5 biji bawang merah 
1 labu bawang besar 
1 ulas bawang putih
½ inci belacan bakar boleh ganti dengan pati ikan bilis

Bahan C
20 biji cili kering direbus dan dikisar
1 sudu kecil pes asam jawa
1 sudu besar gula- boleh tambah kalau suka manis

Bahan D
Garam secukup rasa
I labu bawang besar dihiris
1 sudu kicap pekat manis
garam secukup rasa
1/4 cawan minyak untuk menumis

Sotong dibersihkan dan direndam dalam tepung gandum anggaran 15 minit
Basuh hingga bersih dan toskan. Proses ini penting untuk menghilangkan hanyir sotong 
Masukkan kedalam kuali dan nyalakan api perlahan
Sotong akan keluarkan air jadi masak hingga airnya kering 
Setelah semua air sotong kering padamkan api
Sejukkan sotong sebentar barulah dipotong kecil  ikut kesukaan
Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumis bahan B hingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan masak lagi dengan api perlahan hingga terbit minyak.
Masukkan gula biarkan sebentar, masukkan asam jawa
Masukkan sotong dan bahan D, kacau sebentar hingga mendidih dan  padamkan api.
Sotong tidak boleh dimasak terlalu lama nanti sotong akan menjadi keras















 
    Serunding kelapa menambahkan rasa





SERUNDING KELAPA JAWA
Resepi : Aniza Saidin (Aniza little kitchen)

Bahan A
1 biji kelapa parut putih
2 sudu makan udang kering 

Bahan B
Disangai dan dikisar bersama
2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 batang serai - dihiris nipis
1 sudu besar ketumbar biji
1/2 sudu besar jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Bahan C
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Sangai kelapa parut hingga kering dan kekuningan dan ketepikan
Sangai pulak udang kering dan ditumbuk halus
Panaskan minyak dan tumis bahan B hingga kering dan wangi
Kacau hingga terbit minyak
Masukkan udang kering dan kacau lagi
Masukkan bahan C dan masakkan hingga agak kering
Akhir sekali masukkan kelapa parut yang siap digoreng tadi
Kacau rata dan rasakan garam dan gula
Kacau hingga sambal kelapa agak kering, padamkan api
Sedia dihidangkan bersama nasi impit dan lontong







   Rendang Padang  dan serunding daging





RENDANG PADANG 
Resepi : Aniza Saidin ( Aniza little kitchen)

Bahan A
1 kilo daging tanpa lemak- dipotong dadu
12 cawan santan pekat -Dari 3 biji kelapa 
4 sudu minyak untuk menumis

Bahan B
Dikisar bersama
12 biji bawang merah 
6 ulas bawang putih
150 gram cili kering ( lebihkan kalau suka pedas)
1 sudu teh lada putih biji
2 cm kunyit hidup
3 biji buah keras

Bahan C
3 batang serai-dititik
3 cm lengkuas - dititik
2 cm halia- dititik
3 helai daun limau purut- dibuang urat tengah
3 helai daun salam 
1 helai daun kunyit - dicarik 
2 kuntum bunga lawang
2 keping asam gelugur

Bahan D
1 sudu besar kerisik
Garam dan gula secukup rasa

Panaskan minyak dan tumiskan bahan B, masak hingga rempah wangi dan garing
Masukkan daging dan biarkan hingga kering airnya
Ataupun cara ke 2, perapkan daging bersama bahan kisar selama 5 jam atau semalamam 
Kemudian dimasak hingga kering air daging
Masukkan santan dan bahan C dan kacau selalu supaya santan tidak bergentel
Teruskan mengacau hingga terbit minyak dan kuah agak kering
Masak hingga daging empuk
Perasakan dengan bahan D
Kalau suka rendang yang agak kering boleh diteruskan proses merendang anggaran 2 jam ke 3 jam







   Alhamdulillah secukup rasa semuanya...









Sunday, 30 October 2016

PEACH COBBLER










   Peach cobble















  
    Hidangkan bersama aiskrim






PEACH COBBLER 
Resepi : Aniza Saidin (Aniza little kitchen)

Bahan A
Untuk intinya
1 tin buah peach - ( kalau guna buah peach segar lagi sedap)
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar air buah peach

Bahan B
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar gula 
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
3 sudu besar mentega sejuk - dipotong dadu
2/3 cawan buttermilk
1/4 sudu teh serbuk kulit kayu manis- kalau suka

Bahan C
1/2 cawan mentega 

Panaskan oven pada suhu 170'C
Masukkan Bahan C kedalam bekas tahan panas dan masukkan kedalam oven hingga butter mencair
Boleh guna bekas kecil atau sebiji caserol yang sederhana besar
Campurkan Bahan A dan masukkan kedalam bekas tahan panas
Masukkan tepung kedalam bekas dan masukkan bahan kering
Gaul rata dan masukkan mentega sejuk, gaul rata dengan menggunakan hujung jari hingga bercampur rata. Jangan terlebih gaul yer
Masukkan buttermilk dengan menggunakan spatula gaul hingga sebati adunan 
Gunakan skop icecream, skopkan adunan keatas campuran buah peach tadi
Boleh tabur sedikit gula perang diatas adunan biskut tadi
Bakar selama 30 hingga 40 minit hingga keperangan
Sedap dihidangkan suam bersama icecream








   Dok beratuq tunggu giliran nak kena makan







   Untuk juadah minum petang










VARIASI GORENG PISANG TANDUK










 
    Dengan cheddar cheese dan susu pekat manis







 tambahkan serbuk milo atau serbuk koko








   Cheddar cheese, susu pekat manis dan chocolate rice







   Dengan custard sos dan ceri merah







   Bakar atas non stick dengan gula perang dan serbuk kayu manis







  Ataupun yang origional macam ni...sedap dimakan panas - panas



Selamat mencuba...






KUIH NONA MANIS













KUIH NONA MANIS
Oleh: Aniza Saidin (Aniza little kitchen)
Untuk 25 biji kuih 

Bahan A
2 biji telur
1/2 cawan gula pasir
1 cawan santan  - guna santan kotak Kara 
1 cawan tepung gandum

Pukul telur hingga kembang , masukkan gula pasir dan santan
Kacau hingga sebati, tambahkan tepung gandum dan kacau hingga tak bergentel
Ketepikan sebentar

Bahan B
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air daun pandan - ambil 5 helai daun pandan dan kisar dengan 1/2 cwn air dan tapis
1/4 cawan gula pasir
1/4 cawan tepung jagung
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau apple

Satukan gula, tepung jagung, garam dan sedikit pewarna hijau. Kemudian masukkan santan yang dicampur dengan air daun pandan. Kacau sampai rata dan tidak berbintil-bintil.
Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, berkilat dan sedikit pekat. Angkat dari dapur dan biarkan sehingga suam suam kuku.
Tuangkan adunan A ke dalam adunan B. Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin. Saya kisar dengan blender bagi menjadikan adunan yang sebati. 
Ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan putih


Bahan C
1 cawan santan pekat - guna santan kotak Kara 
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam halus

Satukan semua bahan C dan kacau rata. Kemudian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat.
Tunggu suam sedikit dan masukkan dalam piping bag atau botol sos
Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih
Balut tutup kukusan dengan kain
Sapukan minyak pada acuan lompang yang kecil
Tuangkan adunan hijau kedalam acuan lompang hingga 3/4 cawan
Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau, tekan sedikit supaya adunan naik memenuhi acuan cawan lompang.
Kukus selama 7 hingga 10 minit
Sejukkan sebelum dikeluarkan dari acuan
















KUIH LIMAS NEGERI PERAK

























KUIH LIMAS NEGERI PERAK
Resepi asal : Puan Mas Cotek
Diolah oleh : Aniza little kitchen

Bahan A
Lapisan bawah
Diblend dan ditapis
1 1/4 cawan tepung gandum
2 cawan santan cair
1 1/2 cawan jus pandan
3 sudu besar gula
 
Bahan B
Lapisan atas
Di blend dan ditapis
3/4 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan santan pekat
1/2 sudu teh garam

Bahan C
Sampan daun pisang secukupnya
Gula pasir secukupnya

Masukkan 1 sudu besar gula kedalam acuan sampan daun pisang
(Kami letakkan 1/2 sudu besar aje)
Tuangkan bahan A anggaran 3/4 penuh kedalam acuan
Kukuskan anggaran 12 minit
Angkat dan sendengkan sikit, kalau ada air diatasnya
Masukkan pula bahan B hingga memenuhi acuan
Kukus lagi anggaran 10 minit
Sejukkan dan sedia dihidangkan

Tip kami :
Tepung limas berbeza dengan tepung pelita kerana tepung pelita menggunakan tepung beras
Tapi tepung limas menggunakan tepung gandum walaupun cara penyediaannnya hampir sama

























MUFFIN CHOCOLATE CHIPS DAN CUPPUCINO
























MUFFIN CHOCOLATE CHIPS DAN CUPPUCINO
Resepi :Aniza Saidin (Aniza little kitchen)

Bahan A
Diayak bersama
1 3/4 cawan tepung gandum   
2 sudu besar  serbuk koko 
2 sudu teh baking powder 
1/2 sudu teh soda bikarbonat  

Bahan B
1 cawan gula perang 
1/2 sudu teh garam

Bahan C
Dikacau rata 
1 cawan susu segar atau buttermilk
1 biji telor - pukul sikit  
1/3 cawan minyak jagung atau butter yg dicairkan 
1 sudu teh esen vanila  
1 sudu teh cappuccino emulco
1 sudu teh coklat emulco

Bahan D
1/2 cawan chip cokelat- tinggalkan sedikit untuk taburan

Campurkan bahan A dan bahan B dan bahan D, gaul rata
Campurkan bahan tadi bersama bahan C
Kacau sebentar dengan menggunakan senduk kayu sekadar untuk mencampurkan bahan- bahan sahaja. Terlebih kacau akan menyebabkan muffin keras dan kering
Masukkan adunan 3/4 penuh kedalam acuan muffin
Taburkan chip coklat di atasnya kalau suka
Bakar pada suhu 200C selama 20 minit ataupun hingga muffin masak
Biarkan diatas redai 10 minit sebelum dikeluarkan dari acuan
Sedap dihidangkan panas bersama secawan teh atau kopi panas